Ahad, 9 Ogos 2009

  • Bunga pelik

    NAMANYA amat unik - bunga Yesterday, Today, Tomorow selain turut dikenali Sunday Morning atau Morning Noon Night. Namun, bukan saja namanya pelik, malah bunga yang nama saintifiknya, Brunfelsia pauciflora juga mempunyai ciri unik kerana bunganya bertukar warna mengikut usianya iaitu semakin matang, semakin cerah warnanya. [+]

  • Terapi air panas

    MALAYSIA memiliki 10 kolam air panas dan lima daripadanya terletak di Perak. Kolam air panas Felda Residence Hot Springs (FRHS) terletak di Sungai Klah, Sungkai, Perak, antara yang hangat diperbualkan kerana dipercayai mengandungi kandungan sulfur terendah di dunia iaitu 0.01 peratus. [+]

  • Cara pulih pokok pasu

    MASALAH pokok di dalam pasu tidak berbunga, dahan rapuh, daun serta bunga kecil layu dan tidak membesar, sememangnya sering berlaku. Ini sudah pasti mengecewakan mereka yang berbelanja besar membeli pokok, pasu dan keperluan lain. Malah, baja serta masa yang digunakan untuk penjagaannya hanya terbuang begitu saja. [+]

  • Floria Putrajaya

    FESTIVAL Bunga dan Taman Putrajaya (Floria) kembali menemui peminat seni hiasan taman selepas diperkenalkan buat pertama kalinya pada 2007. [+]

  • Khasiat setanduk

    SEKALI pandang bunganya menyerupai bunga semarak api, namun chinese honeysuckle dikategorikan sebagai pokok saiz sederhana yang biasanya memanjat dan menjadi hiasan untuk pergola, wakaf dan tepi tembok. [+]

  • Lili putih - Bunga klasik

    CALALILY atau lili putih berasal dari benua Afrika tetapi lebih banyak menghiasi seni hiasan landskap ala Inggeris manakala bunganya sering dijadikan penghias jambangan untuk kediaman serta majlis keraian. [+]

  • Rumput berkulat

    Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai masalah rumput Pearl Grass yang baru saya tanam di halaman depan rumah saya. Masalahnya adalah rumput saya berhama dan mengakibatkan rumput rosak dan reput serta tidak subur lagi. [+]

  • Tumbuhan serba guna

    KUNJUNGAN ke sebuah kebun bunga beberapa minggu lalu menemukan dengan pokok lemon balm atau melissa officinalis iaitu tanaman herba Inggeris yang kini banyak digunakan sebagai hiasan Taman Ramuan atau Edible Garden. [+]

  • Kemasan tangga kayu

    KALANGAN peminat kayu sering membina ruang santai untuk keluarga menggunakan bahan berkenaan yang disifatkan menarik kerana ciri-ciri eksotik serta mampu tahan lama jika betul cara penjagaannya. Binaan kayu yang paling kerap digunakan adalah wakaf dan buaian yang diletakkan di tepi dan laman rumah yang seakan menjadi aliran peminat seni hias laman sejak kebelakangan ini. [+]

  • Memikat burung ke laman

    BAGI segelintir tengah orang, kehadiran unggas dan serangga kecil seperti burung kelicap, rama-rama serta pepatung di laman kediaman dianggap memberi rezeki dan tuah. Justeru, mereka sengaja meletakkan tempat khas dan mengumpan makanan supaya unggas tidak jemu bertandang mencari makan. [+]

  • Ubah pokok pasu

    SELEPAS mengetahui cara penanaman pokok di dalam pasu, kali ini perbincangan menumpukan kepada cara menukar pokok daripada satu pasu ke pasu yang lain. [+]

  • Taman air unik

    RAMAI pereka landskap China, Jepun dan India percaya kehadiran air dalam sesebuah taman, menandakan keseimbangan alam iaitu keharmonian suasana yang diwujudkan serta antara tanah dan air. [+]

  • Keladi bunting

    TERATAI, kiambang dan keladi bunting adalah antara tumbuhan yang sesuai untuk menghiasi taman air. Namun berbanding teratai dan kiambang yang lebih dikenali, tidak ramai yang tahu mengenai keladi bunting walaupun ia banyak ditemui di sungai, tasik, lombong dan terusan di seluruh negara. [+]

  • Syarat tanaman pasu hidup

    SELEPAS membincangkan dengan panjang lebar mengenai campuran tanah dalam artikel yang lalu, minggu ini tajuk perbincangan berkisar cara menanam pokok dalam pasu. [+]

  • Lampu mesra alam

    ASPEK pencahayaan adalah satu elemen penting bagi menghiasi laman kediaman terutama pada waktu malam dan gelap ketika hujan. [+]

BAHAYA H1 N1, BERWASPADA DAN BERTINDAK SEGERA

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia14 Ogos 2009

Untuk makluman, terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di ICU. Daripada 27 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 18 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (4),kanak-kanak (2), hamil (1) dan post-delivery (1). Terdapat sejumlah 5 kematian yang dilaporkan.
Empat(4) daripada kes kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes, diabetes dan TB paru-paru (1 kes ), Diabetes(1 kes) dan bayi (2 kes). Untuk makluman, 5 kematian tersebut berlaku pada 8 Ogos (1kes),11 Ogos (2 kes) dan 12 Ogos (2 kes). Maklumat ringkas kematian adalah seperti berikut:
Seorang bayi lelaki berumur 2 bulan merupakan seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada usia kandungan 27 minggu, dimasukkan ke hospital pada 3/8/09 kerana demam, batuk, selsema dan susah bernafas selama tiga hari. Keadaan bayi semakin teruk dan telah diventilasi. Swab tekak telah diambil dan rawatan antiviral telah diberikan pada 6/8/2009. Bayi meninggal dunia pada 12/8/2009 dan ujian Influenza A(H1N1) adalah positif. Penyebab kematian adalah pneumonia.
Seorang lagi bayi berumur 2 bulan dimasukkan ke hospital pada 7/8/2009 setelah didapati berada dalam keadaan tidak memberikan tindakbalas serta pucat. Sebelum dari itu, bayi tersebut telah mula meragam dan kurang minum susu semenjak 5/8/2009 tetapi tidak mempunyai demam, batuk atau sesak nafas. Keadaan bayi adalah kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawaan Rapi. Keputusan ujian Influenza A(H1N1) didapati positif pada 8/8/2009, walaubagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada hari yang sama. Sebab Myocarditis, hepatitis and renal impairment related to H1N1.
Seorang wanita berumur 49 tahun, selain dari obes, beliau mempunyai diabetes dan dikesan juga mempunyai tuberkulosis. Beliau mula mendapat demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas pada pertengahan bulan Julai dan kemudiannya dimasukkan ke hospital pada 29/7/2009 setelah tidak pulih walaupun telah mendapatkan rawatan dari klinik swasta. Beliau yang dirawat sebagai pneumonia telah di benarkan pulang pada 3/8/2009, walaubagaimanapun dimasukkan semula ke wad pada 7/8/2009 untuk rawatan tuberculosis setelah dikesan mempunyai penyakit tersebut. Beliau kemudiannya disyaki H1N1 dah telah diberi antiviral pada 8/8/2009. Keadaan pesakit bertambah teruk dan meninggal dunia pada 11/8/2009. Sebab kematian adalah pneumonia teruk. Walaubagaimanapun, keputusan ujian bagi Influenza A(H1N1) yang diterima pada 11/8/2009 didapati positif.
Seorang lelaki berumur 57 tahun dan mempunyai diabetes. Mula mendapat simptom batuk dan selesema pada 2/7/2009 tetapi tidak sembuh setelah mendapatkan rawatan. Pada 3/8/2009, sekali lagi pesakit pergi mendapatkan rawatan di klinik setelah mengalami demam, muntah dan cirit-birit dan seterusnya dirujuk dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama di mana beliau telah diberikan rawatan anti-viral. Ujian bagi influenza A (H1N1) didapati positif pada 5/8/2009 dan beliau telah meninggal dunia pada 12/8/2009 akibat sepsis disebabkan pneumonia.
Seorang lelaki berumur 19 tahun, dimasukkan ke wad pada 7/8/2009 setelah demam dan batuk selama dua (2) hari dan telah diberikan rawatan antiviral. Ujian bagi Influenza A(H1N1) didapati positif pada keesokan harinya. Beliau telah mendapat sesak nafas teruk dan meninggal dunia pada 11/8/2009 akibat pneumonia.
Jumlah kematian telah melibatkan bilangan yang tinggi iaitu 56 kes. Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan(70%) di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40% didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13% kematian, didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan. Oleh yang demikian saya berpendapat, ada diantara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.
Kadar penularan influenza A(H1N1) di dalam komuniti adalah tinggi dan ini dapat dilihat daripada ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan. Saya meminta orang awam terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza mengambil tindakan yang berikut :
Mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan ke dalam komuniti. Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.
Di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat dirumah sehingga sembuh. Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A(H1N1). Guru besar atau Ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas. Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik. Mereka yang tidak mempunyai simptom boleh meneruskan aktiviti harian mereka di sekolah ataupun tempat kerja seperti biasa.
Saya menasihatkan semua ibubapa atau penjaga untuk memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.
Orang ramai terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-­88810200 dan 03-­88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my/ dan http://h1n1.moh.gov.my/.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICANKetua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 14 Ogos 2009

  • 'Tuah' pokok duit-duit

    BAGI masyarakat Cina, menanam pokok duit-duit akan membawa tuah dan rezeki kepada mereka yang menanamnya. Malah, mereka mempercayai jika pokok berkenaan tumbuh subur dengan daun yang banyak serta menjalar tinggi akan melambangkan rezeki semakin bertambah. [+]

  • Kolam segera penyeri laman

    BINAAN kolam di dalam dan luar kediaman semakin popular sejak kebelakangan ini seiring dengan perkembangan seni hiasan dalaman dan luaran tempatan. Bagi seni hias laman, ramai yang sukakan binaan kolam, pancuran air dan air terjun buatan termasuk binaan pasang siap yang boleh dibeli di kedai aksesori laman, landskap atau kebun bunga. [+]

  • Pilihan tanah sempurna

    SEBELUM memulakan kerja perkebunan atau aktiviti bercucuk tanam, perkara paling penting yang diberikan perhatian ialah campuran tanah. Disebabkan bekas atau ruang yang terhad, kandungan tanah juga terhad. Oleh itu penting bagi tanah sempurna dicari untuk membolehkan pokok terus hidup dan membesar. [+]

  • Pesona Adenium

    MAWAR Gurun atau Adenium bukanlah spesies bunga daripada jenis mawar walaupun berasal dari cabang keluarga Plantae yang sama dengan bunga berkenaan. [+]

  • Pisang hiasan penyeri laman

    SELAIN kelapa, pokok pisang dikategorikan sebagai tanaman yang serba guna kerana setiap komponen pokoknya dari batang hingga ke daun dan buahnya boleh dipelbagaikan kegunaannya. [+]

  • 'Ekor kucing' tahan lasak

    PERNAHKAH anda mendengar nama pokok cattail? Mungkin ramai agak asing dengannya tetapi pasti pernah melihat tumbuhan pelik seperti seperti cerut dan sosej dicucuk lidi. [+]

  • Tanah gambut serba guna

    SEBELUM memulakan usaha menanam pokok, ada beberapa perkara asas yang perlu diberikan perhatian termasuk bahan atau media tanaman iaitu tanah yang digunakan. Tanah yang subur pastinya menjanjikan pokok hidup dengan sempurna dan menghasilkan buah atau bunga yang menyerikan lagi laman kediaman. [+]

  • Keunikan buaian kayu

    BINAAN kayu menguasai kebanyakan seni hiasan laman pilihan peminat landskap sejak lima tahun lalu dan salah satu yang semakin menarik perhatian pada masa kini adalah buaian. [+]

  • Kembang Tiga Bulan

    POKOK Bunga Tiga Bulan ialah spesies Hydrangea dipercayai berasal dari Jepun, namun ia ditanam secara meluas pada kebanyakan negara di dunia termasuk yang mempunyai empat musim. [+]

  • Bunga 'labah-labah putih'

    BUNGANYA cantik berwarna putih dengan lima kelopak, tidak ubah seperti labah-labah putih hinggap di celah dahan pepohon. Tidak hairanlah, kehadirannya pasti menarik tumpuan mata tetamu yang berkunjung di laman kediaman. [+]

  • Pondok terpakai jadi pilihan

    MELIHAT rumah jiran yang meletakkan pondok di lamannya boleh membuatkan hati berasa cemburu. Namun, sumber kewangan terhad membataskan usaha berbuat demikian. [+]

  • Ixora tanaman hiasan eksotik

    APABILA nama Ixora disebut ramai yang mengaitkannya dengan MPV pertama nasional Proton Exora. Ironinya, nama MPV itu tidak mengambil sempena nama bunga Ixora walaupun ada yang cuba mengaitkannya, lebih-lebih lagi sebutannya hampir sama. [+]

  • Cyperus Papyrus rumpai bernilai

    KOLAM atau pancuran air yang cantik di laman tanpa sebarang pokok menjadi penghias, boleh membuatkan binaan itu kehilangan serinya atau kelihatan tidak lengkap. [+]

  • Binaan kayu penyeri laman

    SEJAK kebelakangan ini, binaan pelengkap laman seperti wakaf dan pondok semakin diminati, lebih-lebih lagi wakaf yang diperbuat daripada kayu. [+]

  • Bunga putih jadi buruan

    SEKALI pandang, rupa pokok ini sama seperti spesies Zingirber yang kini menjadi pilihan ramai dalam seni hiasan laman. [+]

  • Rahsia laman kekal menarik

    RAMAI yang mahu memiliki laman yang cantik seperti di bilik pameran atau nurseri tanaman. Namun, kebanyakannya tidak mahu mempelajari teknik yang betul untuk menanam pokok dan menjaga landskap menyebabkan pokok mati dan landskap idaman hanya bertahan sebulan dua. [+]

  • Landskap kejur sesuai ruang terhad

    MEMILIKI kediaman dengan laman yang sempit atau terhad sebenarnya tidak membataskan kerja menghias. Jika ada kreativiti, ruang yang sempit dapat dihiasi sesuai konsep dikehendaki pemilik kediaman. [+]

  • Simenferro mengindah laman

    PASTI ramai yang biasa melihat pelbagai binaan laman seperti set kerusi dan meja yang kelihatan seperti kayu tetapi sebenarnya batu. Inilah keunikan Simenferro, iaitu sejenis struktur binaan yang terdiri daripada campuran pasir, simen dan air yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli. [+]

  • Lampu landskap solar dekoratif

    PERNAHKAH anda terfikir mahu memiliki laman cantik seperti taman si pari-pari? Jika pernah berangan sebegitu, anda dapat direalisasikan dengan penggunaan lampu landskap solar dekoratif yang memasuki pasaran sejak dua tahun lalu. [+]

  • Stevia boleh ganti gula

    KONSEP Edible Garden atau Taman Ramuan menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubat selain menghias laman. [+]

  • Dek kayu

    PENGGUNAAN pelantar kayu atau dek adalah elemen baru dalam seni hias laman yang mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini terutama dalam konsep Nusantara, Tropika atau Bali. [+]

  • Iris cantik pada nama, rupa memikat

    IRIS adalah pokok untuk kawasan lembap yang bukan hanya cantik pada nama tetapi rupanya juga cukup memikat. Sejak kebelakangan ini sering menjadi tanaman pilihan penggemar seni hiasan laman dan pokok ini dikatakan mudah ditanam, malah pilihan yang tepat untuk menghias tepian kolam atau pancuran air di dalam laman. [+]

  • Sentuhan konkrit penyeri laman

    BAGI kebanyakan pemilik kediaman yang berkemampuan, struktur binaan daripada kayu menjadi pilihan utama bagi mereka yang gemarkan hiasan landskap. [+]

  • Terendak rotan hiasan menarik

    LAMPU bukan hanya berfungsi untuk menerangi laman tetapi turut berperanan mencantikkan dan menghidupkan suasana laman pada waktu malam. [+]

  • Pondok mini penyeri laman

    PONDOK kecil di sudut berhampiran pintu kecil keluar ke jalan belakang rumah banglo setingkat milik Siti Aishah Hamdan di atas bukit Kampung Cheras Baru, pastinya akan memikat mata tetamu yang berkunjung ke situ. [+]

  • Haruman gardneia lebih lembut

    LAMAN yang cantik bukan hanya kerana keindahan susun atur tata hias semata-mata kerana pelbagai elemen lain yang menghidupkan suasana perlu di ambil kira. [+]

  • Perabot sintetik

    PASTI ramai yang berhasrat memiliki kediaman selesa dan indah seperti rumah peranginan namun bukan semua mampu berbuat demikian. [+]

  • Calathea sesuai semua konsep laman

    SEJAK kebelakangan ini, pokok hiasan calathea sering menjadi pilihan kerana mempunyai daun lebar berwarna hijau, putih, kuning dan ungu (bergantung kepada spesies) cantik untuk disesuaikan dengan apa juga konsep laman terutama gaya nusantara dan tropika. [+]

  • Elemen batu, hidupkan suasana laman

    MEMILIKI laman di depan atau sudut tepi rumah dengan rumput menghijau menjadikan kawasan berkenaan sesuai dijadikan ruang istirahat keluarga pada waktu petang atau hujung minggu. [+]

  • Loceng angin buluh beri ketenangan

    SEMEMANGNYA tidak dinafikan, koleksi atau aksesori tambahan di ruang santai memainkan peranan penting dalam hiasan kediaman. Ini bukan sekadar menyeri ruang terutama ruang istirahat tetapi menjadi objek tumpuan kala bersantai di ruang itu. [+]

  • Kolam air perlu jagaan teliti

    MEMILIKI taman air dan kolam dalam landskap adalah impian setiap pencinta alam. Pesona yang ditampilkan biru kolam serta deruan airnya amat mengasyikkan mata dan telinga. [+]

  • Sentuhan kreatif laman idaman

    KEINDAHAN sesebuah laman secara langsung menggambarkan keperibadian pemiliknya dan di sebalik keunikan hiasan laman, ada kalanya ia mempunyai 1001 istilah yang sukar digambarkan. [+]

  • Pokok pagaran jadi sempadan

    POKOK hiasan bukan saja menjadi penyeri laman tetapi juga berperanan sebagai pemisah ruang atau persempadanan menggantikan pagar kayu dan keluli. [+]

  • The Village menenangkan

    Mata pasti terpegun melihat landskap menarik kehijauan jika anda berkunjung ke The Village di Bangsar South, destinasi tempat istirahat terbaru di Kampung Kerinchi kira-kira 15 minit perjalanan dari pusat bandar. [+]

  • Pokok Menara pelengkap hiasan laman

    SEJAK kebelakangan ini, pokok Menara atau lebih dikenali Tower Tree sering dijadikan pelengkap hiasan laman kerana keunikan rupa bentuk yang dikatakan menarik dan eksotik. [+]

  • Kenali ulam: Penyedap rasa Setambun Jantan

    SELAIN pokok Setambun Betina (Baccaurea racemosa) dan Setambun merah (Baccaurea parviflora), satu lagi jenis pokok dalam famili yang sama dikenali sebagai Setambun Jantan atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya (Baccaurea lanceolata). [+]

  • Mengundang unggas ke taman

    SESETENGAH masyarakat percaya kehadiran haiwan ke laman adalah pembawa rezeki. Kunjungan burung, pepatung dan rama-rama sangat dinanti kerana dikatakan memberi tuah selain dapat menyerikan lagi taman di kediaman masing-masing. [+]

  • Tanam kaktus jika malas jaga pokok

    KAKTUS sering dikaitkan dengan tumbuhan gurun kerana ia memang berasal dari kawasan berkenaan, namun, pokok tahan lasak ini juga boleh menjadi hiasan menarik untuk laman anda. [+]

  • Masyarakat Cina percaya tuah pokok

    MASYARAKAT Cina percaya mengenai tuah pokok kepada kehidupan mereka dan sering menjadikan tumbuhan berkenaan sebagai hiasan dalaman dan luar rumah termasuk ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina. [+]

  • Kenali Ulam: Setambun Merah sedap dimakan segar

    DALAM tulisan yang lalu, saya memperkenalkan pokok Kepundung atau pokok Setambun Betina. Kini ada pula pokok Setambun Merah atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Baccaurea parviflora tergolong dalam jenis yang sama iaitu Baccaurea dan tergolong dalam famili sama iaitu Euphorbiaceae. [+]

  • Kerja menghias laman luas perlu kepakaran

    LAMAN yang luas memudahkan kerja menghias dan pemilik rumah boleh menggunakan kreativiti untuk menghasilkan laman indah menjadi tempat istirahat keluarga. Namun, kerja menata hias laman bukannya mudah tambahan pula jika seseorang itu tiada pendedahan mengenai seni hias laman. [+]

  • Hiasan eksotik buluh kian diminati

    POKOK buluh sering menjadi hiasan laman berkonsep Zen, Jepun dan Cina kerana ia dikatakan menjadi ciri utama laman sedemikian. Namun, kini buluh bukan saja menjadi pelengkap laman turut dijadikan bahan menata hias ruang hiasan dalaman rumah. [+]

  • Pondok istirahat

    RAMAI antara kita memiliki impian untuk mempunyai 'pondok' di laman di rumah sebagai tempat istirahat bagi merehatkan fikiran, apatah lagi selepas seharian sibuk bekerja di pejabat. Kini pondok atau wakaf kian popular di kalangan warga kota mahupun desa bagi menghiasi kediaman masing-masing. [+]

  • Kenali Ulam: Buah remnia, kundang serupa tapi tak sama

    BAGI masyarakat bandar, buah remnia dan buah kundang mungkin terlalu asing. Jika ada yang pernah mendengar nama dua buah berkenaan tapi mungkin mereka tidak pernah melihat rupanya. Sekali sekala apabila sampai musimnya, buah remnia dan buah kundang dijual di pasar tani atau pasar malam. [+]

  • Lampu tambah nilai estetika taman

    LAMAN yang cantik bukan hanya menarik di pandang pada waktu siang malah menyerlah serta memikat pada malam hari. Justeru, hiasilah laman anda dengan lampu taman yang boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk yang banyak di pasaran. [+]

  • Reka bentuk dalaman: Kediaman jimat tenaga

    SETIAP kediaman memerlukan beberapa keperluan asas bagi membantu penghuni melaksanakan aktiviti harian. Antara keperluan asas yang sangat diperlukan adalah air bersih dan tenaga elektrik. [+]

  • Rumah burung pikat unggas

    LAMAN yang indah bukan hanya menjadi santapan mata tetapi turut memikat hidupan lain singgah menumpang mencari makanan seperti rama-rama, pepatung dan burung liar. [+]

  • Hiasan konkrit ganti kayu

    HIASAN daripada kayu menjadi pilihan mereka yang sukakan konsep laman Tropika, Bali dan Nusantara kerana ia nampak asli serta menampilkan nilai estetika sebenar ciri laman yang mahu diketengahkan. [+]

  • Hutan mini undang nostalgia

    KERINDUAN terhadap suasana kampung yang aman dan damai menyebabkan pemilik sebuah rumah di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Selangor, tidak mahu suasana ketika zaman kecilnya berlalu begitu saja. [+]

  • Telur naga sesuai hiasi laman

    TEMBIKAR dalam bentuk pasu dan tempayan sering menjadi pilihan untuk menjadi aksesori pelengkap laman, namun kini, ada pelbagai cara baru untuk menghias taman anda dan tidak perlu terikat dengan hiasan lama yang membosankan. [+]

  • Pokok menghijau di balkoni apartmen

    BERADA di taman di balkoni kediaman Mahassah Borhan membuatkan anda terlupa, sebenarnya anda berada di tingkat satu sebuah apartmen bukannya di laman di depan rumah teres atau banglo. [+]

  • Kolam sistem penapisan eko-bio

    KESIBUKAN menjalani kehidupan seharian menyebabkan ramai yang mengabaikan kebersihan kolam di laman masing-masing sehingga menyebabkan bau kurang menyenangkan terhasil manakala air menjadi keruh dan menimbulkan pemandangan kurang menyenangkan. [+]

  • Dunia Botani: Bunga Bromeliad tahan lama

    BROMELIAD adalah sejenis tumbuhan tropika/sub tropika berasal dari Amerika Selatan dan tergolong dalam keluarga yang sama dengan nanas iaitu keluarga Bromeliaceae. Bromeliad mempunyai lebih 3,000 spesies dalam 50 genera. [+]

  • Ekor Musang unik, eksotik

    TUMBUHAN yang paling biasa dilihat dalam landskap di negara beriklim tropika adalah pokok spesies palma seperti kelapa, pinang, pandan dan mengkuang. [+]

  • Laman hijau serlah ketenangan

    MEMPUNYAI laman yang cantik dengan rumput menghijau pasti menjadi idaman ramai walaupun halaman rumah hanya 'sekangkang kera' atau ruangnya terhad. [+]

  • Kenali Ulam: Bunga Puteri digeruni pribumi zaman dulu

    BUNGA Puteri adalah spesies orkid yang terbesar di dunia dan ia ketahui tumbuh liar menumpang di atas pokok yang tinggi di dalam hutan. Batangnya berjurai sepanjang tiga meter dan rumpun pangkalnya dipenuhi dengan akar angin. [+]

  • Bunga gantung penambah seri

    POKOK kecil atau besar mempunyai peranan masing-masing bukan setakat menyeri laman tetapi mewujudkan suasana segar dan damai. [+]

  • Pagar perlu sesuai konsep laman

    ADA dua sebab utama pagar dibina, sebagai binaan untuk keselamatan dan melindungi hak peribadi pemilik kediaman dan pada masa sama menjadi elemen penting menonjolkan keindahan seni dan tata hias laman. [+]

  • Pergola timbulkan keunikan laman

    PENGGUNAAN pergola makin mendapat perhatian yang mampu menampilkan keunikan laman. Jika anda bijak menyuai padan, ia dapat disesuaikan dengan apa jenis kediaman sekali pun, walaupun ruangnya terhad. [+]

  • Zuraidah curah minat berkebun di laman

    PEMILIK kediaman di Presint 8, Putrajaya, Zuraidah Mohd Ishak menganggap laman rumahnya biasa saja dan tiada keunikan walaupun dinobatkan sebagai pemenang pertama Anugerah Laman Cantik Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya, baru-baru ini. [+]

  • 3 konsep hiasi rumah

    KALAU sudah berbakat, apa disentuh mengundang takjub. Azlinie Hisham Yunos atau lebih dikenali sebagai Sham antara yang bertuah kerana dikurniakan bakat menata hias kediaman biarpun tidak pernah mengikuti sebarang kursus hiasan dalaman. Ilham dan sentuhan kreatifnya mengujakan hingga berupaya menzahirkan suasana rumah keluarga bagi kediaman bujang yang didudukinya. [+]

  • Hiasan laman perlu ada impak

    HIASAN laman juga memerlukan titik tumpu untuk menaikkan lagi seri selain menyerlahkan konsep laman yang mahu diketengahkan oleh pemilik kediaman. [+]

  • Lanskap tradisional Terengganu memikat

    KEINDAHAN laman kampung yang digabungkan bersama kebun boleh makan atau edible garden memahatkan nama Rumah Terengganu sebagai juara landskap terbaik Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) yang berlangsung Ogos lalu. [+]

  • Manusia ganti serangga ejen pendebungaan

    KEBIASAANNYA proses debunga dilakukan serangga seperti kelulut dan lebah, namun kini anda boleh melakukan sendiri pendebungaan untuk pokok seperti tembikai, rock melon, tembikai Jepun, tomato dan timun. [+]

  • Petua halau nyamuk di kolam laman

    DARIPADA 2,800 spesies nyamuk di dunia, nyamuk tiruk dan aedes antara yang berbahaya kerana membawa demam denggi dan malaria. Tempat pembiakannya di kawasan air bertakung, semak-samun dan sampah sarap. [+]

  • Sentuhan RasBali lebih damai

    SEJAK lima tahun kebelakangan ini konsep landskap ala Bali mengambil tempat dalam seni rekaan dan tata hias laman di kebanyakan kediaman walaupun kini ramai yang beralih kepada konsep minimal, ala nusantara dan tropika. [+]

  • Dunia Botani: Gandasuli ditakuti makhlus halus

    POKOK gandasuli mungkin terlalu asing bagi generasi sekarang. Bagi masyarakat desa zaman dulu, gandasuli ditanam di sekitar rumah kerana baunya yang wangi. Bunga dan daunnya yang berbau wangi digunakan sebagai ramuan mandi bunga atau daun. [+]

  • Rimbunan pohon serikan laman

    LANDSKAP atau seni taman sebenarnya bukan hanya sesuai untuk rumah di bandar atau kawasan yang mempunyai ruang laman yang besar. [+]

  • Taman kebun dapur

    'EDIBLE Garden' yang diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah mencuri perhatian ramai ketika Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (LAMAN 2008), baru-baru ini. [+]

  • Kolam ikan koi kian popular

    MENGIKUT aliran terkini, laman konsep Zen atau Taman Jepun semakin mendapat sambutan ramai berbanding bali dan nusantara. [+]

  • Cabar minda ubah suai bawah tangga

    BAWAH tangga ibarat ruang kelas kedua kerana penataannya jarang diberi perhatian. Luas terhad, bersuasana gelap kerana tidak dijamah matahari selain pantang larang budaya tertentu yang tidak menggalakkan bersantai di ruang berkenaan. [+]

  • Tata hias 'English Country'

    ROSNAH Mokhtar, 45, menata rias rumah dengan konsep kedesaan Inggeris sejak 10 tahun. Walaupun sedang berusaha untuk menukar konsep rumah teres dua tingkat miliknya di Bandar Baru Selayang kepada English Classic atau Klasik Inggeris, namun konsep lama masih menghiasi keseluruhan kediaman itu. [+]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan